

Hidup Bukanlah Pilihan Tetapi Harus Diteruskan






Dalam sesebuah hubungan percintaan kita selalu nakkan ianya berakhir ke jinjang pelamin malah nak hidup bersama hingga ke akhir hayat. tp semuanya tu ditentukan oleh Allah Swt. kita hanyalah pelakon di dunia manakala pengarahnya adalah yg maha esa. tak perlu lah kita bersedih jika kita kehilangan boyfriend atau girlfriend sampai rasa nak bunuh diri, luah perasaan dalam status fb korang, nangis guling2, hari2 nak stalk fb si dia... lg apa benda lah korang buat... sgt buang masa okay? tak cool pon... langsung tak cool! nampak membodohkan diri lagi ada... bertenang sudah lah.... tunjuk kat ex korang yg korang bole hidup tanpa dia. malah tak hairan langsung dgn perpisahan nih. jadilah seorg yg kuat... allah itu maha adil, bila kita putus dgn seseorang mungkin allah nak bagi jodoh yg lebih baik untuk kita. semua tu ada hikmahnya teruskan kehidupan seperti biasa ehhh.... so disini aku nak kongsi lah skit tips utk mereka yg putus cinta.
1. Buang/Simpan Barang/Msj
Perkara paling penting sekali yang perlu dilakukan.. Terus delete nombor & semua mesej si dia dari talipon bimbit anda.. Kemudian, terus kemas segala barang/hadiah pemberian si dia.. Kalau taknak buang tak apa.. Simpan dalam kotak elok-elok lepas tu sorokkan dekat mana-mana.. Kalau lagi bagus bakor je semua.. Tapi tak apa semua makan masa, perlahan-lahan dulu..
2. Berhenti Dengar Lagu Kesukaan Masa Bercinta
Buat masa genting ini, seelok-eloknya berhenti lah dengar lagu faveret masa hangat becinta dulu.. Cuba tukar selera sikit.. Dengar lagu baru.. Paling penting jangan dengar lagu sedih.. Lagu yang kita dengar berkait rapat dengan emosi.. Sekali dengar terus menusuk ke jiwa.. Tambahan pula lagu tu lagu anda dan dia.. Memang akan terbayang wajah dia terus menerus.. Jadi cuba elakkan dengar lagu-lagu yang berkait rapat dengan si dia.. Lagu cerita cinta kalian.. Untuk sementara waktu delete dulu lagu-lagu tu dari henpon dan mp3 nanti bila agak-agak dah kuat tak ada masalah nak dengar semula..
3. Sibukkan diri
Tolong sibukkan diri anda dengan perkara-perkara yang berfaedah.. Contohnya keluar dengan kawan-kawan, beriadah dengan keluarga.. Kalau ada duit lebih pergi bercuti.. Tenangkan fikiran.. Jangan biarkan diri anda rasa kesunyian.. Jangan duduk termenung seorang diri.. Come on putus cinta tak bermaksud hidup tak bermakna.. Putus cinta tak bererti hidup anda berakhir.. Cukup sekadar hubungan anda berdua berakhir.. Hidup masih perlu diteruskan..
4. Terima perpisahan
Sebagai orang Islam kita perlu yakin dengan Qada' & Qadar Allah.. Percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Jodoh pertemuan ajal maut kan Allah tentukan.. Kita semua hanya mampu merancang.. Dalam masa-masa getir mcm ni kita kena banyak bermuhasabah diri.. Sentiasa fikirkan perkara-perkara yang positif.. Jikalau benar jodoh anda dengan si dia suatu hari nanti pasti kalian akan bersatu semula.. InsyaAllah..
5. Doa/Dekatkan diri kepada Allah
Sentiasa berdoa pada Allah semoga diberi kekuatan dan semoga bertemu dengan jodoh yang lebih baik.. Bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan anda dan jangan bersedih.. Cuba perbaiki diri dan tingkatkan amal ibadah.. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik" dan sebaliknya.....


The condition is excellent.
Gently used for +/- 7 months.
Price:RM750 (negotiable)
Retail price: RM1249.00
Kindly email/contact Eylia for more details.
Email: nuruleylia@gmail.com